PERATUS KESELURUHAN KEPUTUSAN SPM DAN GPS SPM 2008 - 2010
PERTANDINGAN CATUR MSSM PERINGKAT NEGERI SABAH
Adik Nestor Esmade 1UMS dan adik Karmelisa Esmade 2UMS telah menyertai pertandingan catur MSSM peringkat negeri Sabah bertempat di SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan pada 11-14 Mei 2010. Nestor Esmade telah mendapat johan dalam kategori lelaki 15 tahun dan Karmelisa Esmade memperolehi ranking ke sepuluh kategori perempuan 15 tahun. Nestor Esmade terpilih ke pertandingan catur MSSM peringkat Kebangsaan pada bulan Jun nanti
HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH (JPNS)
SM St John akan menjadi tuan rumah bersempena Hari Bertemu Pelanggan peringkat Daerah Tuaran pada 8 Mei 2010 bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Selain itu, Pengarah JPNS turut diiringi oleh 12 Ketua Sektor
CATUR MSS BARAT 2010
SM St John telah menghantar Nestor Esmade, Jason Ho, Joshua Sebol dan Karmelisa Esmade bersama Pn.Rabidah selaku jurulatih untuk menyertai Kejohanan Catur MSS Barat 2010 yang diadakan pada 14-15 April 2010 bertempat di Dewan PPD Ranau. Setiap peserta telah melalui 6 pusingan dan akhirnya kemenangan berpihak Nestor Esmade yang menjuarai kategori lelaki bawah 15 tahun. Nestor Esmade dan Karmelisa Esmade akan mewakili bahagian Pantai Barat ke Kejohanan Catur peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada bulan Mei di Sandakan. Majulah Catur untuk SM St John.............
PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH
SM St John telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan "Choral Speaking" peringkat daerah yang telah diadakan pada 21 April 2010 bertempat di Dewan Terbuka SM St John. SM St John telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut, diikuti dengan SMK tenghilan tempat yang kedua dan SMK Badin di tempat yang ketiga BLOG SEKOLAH Laman blog SMK ST John Tuaran akan dilancarkan tidak lama lagi. Laman ini dibangunkan dengan tujuan untuk berkongsi bersama warga SMK ST John Tuaran secara khususnya dan secara amnya bersama masyarakat di luar sana mengenai info semasa, ilmu, idea dan sebagainya.... Sekian dan Terima Kasih.....
Read more...