Selamat Datang Ke Blog SMK ST John Tuaran Diharap anda mendapat manfaat dari posting di sini

Peti surat 248,
Sekolah Menengah ST John Tuaran,
89208 TUARAN, SABAH.
No. Tel: 088-788354
Fax: 088-793601

Selamat Datang Ke Blog SM. ST. John, Tuaran

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat Blog sekolah ini serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog sekolah ini diwujudkan bagi memperkenalkan Sekolah Menengah St John, Tuaran dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Ia juga bertujuan untuk membalas jasa mereka yang terlibat dalam membimbing pelajar-pelajar Sekolah Menengah St. John, Tuaran sehingga menjelang abad baru.


Rabu, 13 Januari 2010

Sejarah Sekolah

Sekolah ini dinamakan sebagai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAINT JOHN sempena nama SAINT JOHN OF THE APOSTLES. Beliau merupakan salah seorang daripada orang-orang kudus mengikut kepercayaan penganut-penganut agama kristian.

Sekolah Saint John bermula sebagai Sekolah Mission Katolik. Setelah tamat perang dunia pertama, Fr.Groote tiba di Tuaran dan menubuhkan Sekolah Mission Saint John di Tanjung. Sebuah bilik kecil bersebelahan dengan gereja telah diperuntukan untuk katekisme. Lalu, bangunan telah musnah semasa perang dunia kedua.

Selepas perang dunia kedua, Fr.Terpestra memperolehi sebidang tanah berhadapan dengan gereja. Di sinilah sebuah sekolah rendah telah dibina pada tahun 1954...



Pada tahun 1958, Sekolah Menengah Saint John telah dibina. Pengetua yang pertama ialah Fr. Van Der Geest, beliau telah berkhidmat dari tahun 1957 sehingga 1963. Selepas itu tempat beliau diambil alih oleh Fr. Hushen yang berkhidmat dari tahun 1963 hingga 1965. Fr. Peter Windram pula mengambil alih jawatan pengetua dari tahun 1965 hingga 1969. Encik Hiew Choi Tung telah dilantik sebagai pengetua baru dari tahun 1969 hingga 1987. Pada tahun 1987, Puan Penny Lim telah dilantik sebagai pengetua sehingga tahun 1998.

Tiada ulasan: