Selamat Datang Ke Blog SMK ST John Tuaran Diharap anda mendapat manfaat dari posting di sini

Peti surat 248,
Sekolah Menengah ST John Tuaran,
89208 TUARAN, SABAH.
No. Tel: 088-788354
Fax: 088-793601

Selamat Datang Ke Blog SM. ST. John, Tuaran

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat Blog sekolah ini serta ucapan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog sekolah ini diwujudkan bagi memperkenalkan Sekolah Menengah St John, Tuaran dengan lebih dekat lagi khususnya kepada semua pelajar dan umumnya kepada semua masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Ia juga bertujuan untuk membalas jasa mereka yang terlibat dalam membimbing pelajar-pelajar Sekolah Menengah St. John, Tuaran sehingga menjelang abad baru.


Isnin, 5 April 2010

Perutusan Pengetua

Salam Sejahtera.......

Perkembangan pesat dan kemajuan dunia teknologi maklumat pada masa kini menyaksikan kebanyakan organisasi dan institusi, jabatan kerajaan mahupun swasta melangkah setapak lagi dengan membina dan menghasilkan laman web sendiri untuk tujuan kebaikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kemudahan ini mendatangkan impak yang positif kepada warga sekolah, masyarakat luar yang mempunyai kait rapat dengan sekolah kerana banyak faedah yang boleh didapati. Antaranya, paparan pelbagai maklumat terkini, pemberitahuan, pengumuman, arahan, pekeliling, diskusi, perancangan dan sebagainya.

Sejajar dengan itu, Sekolah Menengah Saint John Tuaran,Sabah yang sememangnya dari awal lagi menekankan penggunaan ICT dalam kalangan warga pendidiknya turut serta membangunkan laman blog sendiri bagi tujuan memudahkan warga pendidik, pelajar, ibu-bapa dan masyarakat semua mengakses sebarang informasi berkaitan dengan sekolah.

Menerusi laman blog ini, pelajar dan guru serta individu lain boleh menyuarakan pendapat dan sumbangan idea kreatif melalui e-mail. Bukan itu sahaja, pelajar turut boleh mengakses informasi dan pengetahuan pendidikan serta latihan dengan melayari e-portal yang dibangunkan oleh setiap panitia matapelajaran. Oleh itu, komunikasi antara guru, pelajar dan masyarakat akan menjadi lebih mudah selain bertindak sebagai penyokong kepada pembangunan ICT di sekolah ini.

Harapan saya, semoga langkah ini dapat membantu sekolah mencapai matlamat untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam semua aspek. Akhir bicara, terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua warga SM St John,Tuaran yang telah bekerjasama dan berkolaborasi untuk membina dan menghasilkan laman blog sekolah ini untuk tujuan yang murni

" PELAJAR DIDAHULUKAN........PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

Tiada ulasan: